Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 22 Ogos 2013




Bab 4 : Laras Bahasa

·         Merupakan sebahagian daripada aspek sosiolinguistik ( berkaitan bahasa dan penggunaan)

·         Hudson(1980) menyatakan ilmu  sosiolinguistik, ragam bahasa diistilahkan sebagai register atau laras, iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa        
( lingusitic behaviuor) seseorang individu apabila digunakan.
·         Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan.
·         Ure dan Ellis ( 1977) menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang  digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefenisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi.Mengikut Haliday, ‘ laras berubah-ubah mengikut situasi.
·         Laras bahasa berubah selaras dengan perubahan-perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat, dan secara bandingan perubahan laras bahasa lebih cepat berlaku daripada aspek-aspek bahasa yang lain.Hal ini berlaku apabila kemunculan alat-alat baharu, bentuk politik dan juga teknologi.
·         Tegasnya, laras bahasa membincangkan hal yang berkaitan dengan unsur bahasa dan bukannya unsur makna.Maksudnya makna yang sama boleh digunakan dalam pelbagai  laras.Laras bahasa dapat menggambarkan fungsi bahasa dalam masyarakat kerana semakin besar peranan bahasa itu , maka semakin bertambah bilangan laras yang digunakan.
Jenis dan Ciri Laras Bahasa
·         Dua kategori , laras bahasa biasa dan laras khusus
·         Laras bahasa biasa     

Digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan ( laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan ( syarahan  dan rencana), maklumat dan pemujukan ( rencana dan iklan).Laras bahasa ini tidak melibatkan bidang tertentu dan mudah difahami, tiada istilah teknikal dan kurang penggunaan kata pinjaman.Penggunaan ayat yang sederhana, ringkas dan padat dan mengandungi struktur ayat yang mudah.Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua iaitu formal  dan tidak formal.

Laras bahasa formal digunakan dalam majlis rasmi dan juga surat

Text Box: Laras Bahasa Formal
Zahir bin Din, aku nikahkan dikau dengan Irah  binti Mun, dengan mas kahwinnya 22 ringgit setengah,tunai.
 





Laras bahasa tidak formal digunakan dalam situasi yang tidak rasmi.Proses pengguguran berlaku dalam ayat-ayat yang diucapkan , sama ada subjek atau perdikat.Bahasa yang digunaka biasanya bahasa basahan.


Text Box: Laras Bahasa Tidak  Formal
Aida	: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal.
Peniaga: Cik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan.Sekarang banyak mahal.Saya 
  bukan sendiri tangkap, bangla juga tangkap.Sendiri mahu keluar duit upah.
 







Ciri Laras Bahasa
              Ciri Keperihalan Peritiwa.
            i- Situasi luaran
·         Melibatkan latar belakang sosial dan kebudayaan  sesebuah masyarakat
·         Mencakupi struktur sosial  dan keseluruhan cara hidup yang mengatur tingkah laku anggota masyarakat.
ii- Situasi persekitaran
·         Merangkumi aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa, seperti cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan serta fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

            Ciri Lingusitik

Bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu sendiri, iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan juga ayatnya.Tiap-tiap laras dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistik tertentu.
i-Unsur tatabahasa-Menurut Nik Safiah Karim (1982)  menjelaskan bahawa ciri-ciri tatabahasa dapat dilihat dalam susunan ayat dan frasa yang digunakan dalam laras.Haliday (1968) menjelaskan laras berdasarkan tiga kategori, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian wacana dan gaya wacana.

Text Box: Tajuk wacana merujuk bidang penggunaan bahasa seperti sastera, sains , matematik dan sebagainya.Cara penyampaiannya  wacana merujuk media perlakuan bahasa, sama ada lisan atau tulisan.Gaya wacana merujuk hubungan antara peserta perlakuan bahasa seperti gaya formal atau tidak formal. 



ii- Pemilihan perbendaharaan kata-Berdasarkan topik-topik tertentu.Tamsilannya bidang agama, undang-undang, sastera, sains , sukan , matematik  dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Mengenai Saya

Foto saya
Kuantan, Pahang, Malaysia
Tidak suka hipokrit