- Beri tumpuan kepada kesilapan bahasa seperti :
- 1. penggunaan dua kata hubung :
“Kita tahu yang bahawa Kamal telah…”
- 2. penggunaan kata ganti yang tidak sesuai :
- menggunakan ‘dia’ untuk “ayah atau ibu atau orang-orang yang lebih tua atau berpangkat”.
- menggunakan ‘saya’ dan ‘aku’ secara tidak konsisten
- 3. penggunaan tanda baca : noktah, koma, …
- 4. penggunaan frasa-frasa yang diulang-ulang :
- “Di dalam surat ini, saya akan menerangkannya seberapa yang mampu dalam lembaran ini.”
- “Pantang larang seterusnya ialah jangan makan bertatang kerana jika makan bertatang akan banyak berhutang daripada orang.”
- 5. penggunaan kata ganda / majmuk yang tidak sesuai :
- ramai pelajar-pelajar, para-para remaja, rakyat-rakyat, semua orang-orang,
- 6. penggunaan ‘ku’ yang sewenang-wenangnya :
- “… Ku mula tidak menghadiri sekolah kerana tiada minat lagi. Setiap hari ku keluar memberitahu ibuku pergi belajar dengan sahabatku tetapi sebaliknya ku ke taman bersama kawan-kawanku yang lain….”
- 7. penterjemahan langsung dari bahasa Inggeris :
- “ …hendak membuat dagu orang terjatuh melihat mereka memakai barang berjenama dari hujung rambut ke hujung kaki”
- “ … saya tidak boleh percaya telinga saya…”
- “… apabila saya melihat surat beranak tersebut, dua biji mata saya hampir-hampir terkeluar…”
- “… aku terjatuh lalu seorang tua memberikan tangannya…”
- 8. penggunaan perkataan / atau bentuk perkataan yang tidak sesuai :
- “… lama-lama kemudian kata-kata ibu tidak memperketatkan perangai saya…”
- “… seorang jurutera mesti ada siswazah, bukan?”
- “… kawan saya telah membaca gambar yang diambil semasa cuti sekolah…”
- “… ibuku mencicirkan airmata sehari semalam …”
- “… aku meneran cuba mengingat di mana aku pernah …”
- “… aku berjumpa dengan surat khabar yang dibuang orang…”
- “… guru-guru juga harus ikut sama dan membawa buah-buah mereka ke sekolah. Beberapa minit sebelum waktu rehat, para pelajar akan diberi peluang untuk menukar buah-buah mereka bersama rakan-rakan mereka…”
- 9. kesilapan ejaan terutama sekali perkataan-perkataan yang berimbuhan:
- Ramai pelajar yang masih keliru akan ejaan perkataan yang berakhir dengan huruf ‘k’ seperti ‘banyak’, ‘layak’, ‘retak’ apabila diberikan imbuhan akhiran ‘an’, biarpun setelah diajar bahawa garis pandu yang perlu dilihat bergantung kepada imbuhan yang akan menjadikan perkataan itu kata benda bentukan ataupun kata kerja. Untuk memudahkan pemahaman pelajar, maka bolehlah pelajar rujuk kepada nota di bawah ini sebagai panduan kasar:
Jika perkataan bermula dengan imbuhan ‘per’ atau ‘ke’ – maka perkataan dieja dengan satu ‘k’. (misalnya; pertunjukan, perletakan, kelayakan, kemasukan, kebanyakan)
Jika perkataan bermula dengan imbuhan ‘me’, ‘meng’, ‘menge’ dsbnya dan ‘di…’, maka perkataan itu dieja dengan dua ‘k’. (misalnya; … kita haruslah membanyakkan amalan berzikir…, …meretakkan persahabatan …, …melayakkan diri ke pusingan…, dia dimasukkan ke penjara…, … diletakkan …, … dirosakkan..)
- Satu lagi kekeliruan ialah ejaan perkataan yang diberi imbuhan ‘di’, sama ada ia perlu disambung atau diasingkan daripada kata dasarnya. Garis pandunya ialah:
Jika perkataan itu merupakan kata kerja, maka ia disambung. Misalnya ‘digigit’, ‘disambut’, ‘digemari’ dan sebagainya.
Jika perkataan itu menerangkan tempat atau masa, maka ia dijauhkan. Misalnya ‘di sekolah’, ‘di rumah’, ‘di perhentian bas’ , ‘di waktu aku sedang’, ‘di saat itu’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan