Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 16 Ogos 2011

Percubaan PM Bahasa Melayu Kertas 1 dan Dua



 
02/1
BAHASA MELAYU/P
Kertas 1
Ogos 2011
1 jam                 







 

BAHASA MELAYU
Tingkatan 3
Kertas 1
Satu jam
 

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.            Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.            Jawab semua soalan.
3.            Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.



________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak
[Lihat halaman sebelah
©2011 Hak Cipta MPSM Pahang                                                           
Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1        Pada setiap bulan, budak itu ________________ wang lebihan perbelanjaan sekolahnya ke dalam Bank Simpanan Nasional.
A  menabung
B  mengumpul
C  menyerahkan
D  menyumbangkan

2        Jawatankuasa pemilihan akan __________________ kelulusan dan pengalaman seseorang sebelum membuat sesuatu keputusan.
A  melihat
B  menyiasat
C  meneliti
D  menyelidiki

3        Pelantikannya sebagai ketua telah ________________ beliau mengambil langkah mengubah dasar persatuan itu.
A  memastikan
B  mewajarkan
C  mewajibkan
D  menentukan

4        Setelah menerima anugerah itu, Encik Mokhzani _________________ beberapa langkah sebagai tanda hormat sebelum meninggalkan pentas itu.
A  susut
B  kusut
C  kecut
D  surut

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

             

5        Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang _______________ di udara.  
A  terayun-ayun
B  terolang-aling
C  terbuai-buai
D  terlayang-layang

6        Amira membaca _________________ pada halaman kedua buku itu untuk mengetahui amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang.
A  prasyarat
B  prabicara
C  prakata
D  prawacana








Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.




7        Ketua pasukan bola sepak itu sedang __________________ piala yang baru dimenangi oleh mereka dalam kejohanan itu.
A  menjunjung
B  mengangkat
C  menatang
D  menjulang








Soalan 8 - 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.  Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C.  Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

8     Menteri luar-menteri luar sedang berbincang tentang masalah kegawatan
                  A                                                        B                               
ekonomi yang timbul kesan daripada serangan Tentera Bersekutu terhadap
                            C
Libya.  Tiada kesalahan.
                       D


9     Bagi meningkatkan pencapaian dalam pelajaran, kita perlulah berusaha
                   A                                 B
dengan lebih gigih sejak dari sekarang.  Tiada kesalahan.
                                         C                                        D
10    Ikutilah segala peraturan-peraturan demi melicinkan kerja.  
     A                                  B                                C
Tiada kesalahan.
            D

11    Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan  
                                                          A                                           B                                                   untuk santap bersama-sama dengan rakyat jelata.  Tiada kesalahan.
              C                                                                             D

12    Puan Doris sentiasa berulang-alik antara Ipoh dengan Pulau Pinang di atas
                                           A                                  B                                 C
urusan perniagaannya.  Tiada kesalahan.
                                                          D
13    Baju sutera batik yang baru dibelinya itu mahal sangat dan tidak mampu  
                 A                                                        B                          
untuk dipakai oleh orang kebanyakan.  Tiada kesalahan.                                                                                        
                                            C                            D

14    Akhir-akhir ini ayah jarang berlatih kerana tidak mahu lagi bergiat cergas  
         A                         B
dalam bidang sukan. Tiada kesalahan.
    C                                       D

Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15    I   Rumah kediaman bapa Busu duduknya di hujung suatu lorong.
       II   Sekarang bapa saya duduk sebagai pengetua sekolah.
      III   Sudah bertahun-tahun mereka duduk di rumah itu.
     IV    Sewaktu saya ke kelas tambahan, ibu duduk menjahit.
      A    I dan III sahaja
      B    II dan IV sahaja
      C    I, III dan IV sahaja
      D    I, II, III dan IV

16     I   Kejernihan majlis itu bergantung pada kebijaksanaan pengacaranya.
        II   Dia mengganggu kejernihan suasana perbincangan kumpulan itu.
       III   Kejernihan fikiran dan kedamaian hati memudahkannya menyelesaikan
             masalah itu.

       IV   Kejernihan air tasik itu dapat memberikan ketenangan pada jiwanya yang kusut itu.
        A   I dan II sahaja
        B   III dan IV sahaja
        C   I, II dan III sahaja
        D   II, III dan IV sahaja




17     I   Bunyi letupan yang kuat itu memecahkan kesunyian pada waktu malam di kawasan perkampungan itu.
        II   Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka dapat memecahkan masalah yang sukar itu.
       III   Jurulatih itu menyuruh pelatihnya memecahkan kepada beberapa kumpulan.
       IV   Kita harus membanteras golongan yang cuba memecahkan perpaduan kita.
        A   I dan III sahaja
        B   II dan IV sahaja
        C   I, II dan IV sahaja
        D   II, III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


18     Tiap usaha yang kita lakukan hendaklah dibuat dengan
         bersungguh-sungguh.    

         A  Tiap usaha yang dilakukan oleh kita
         B  Tiap-tiap usaha yang kita lakukan
         C  Setiap usaha yang dilakukan oleh kita
         D  Tiap usaha yang kita lakukan

19     Banyak orang tidak suka dengan sikap pegawai yang sombong itu.
         A  tidak suka pada sikap
         B  tidak sukakan sikap
         C  tidak suka akan sikap
         D  tidak suka dengan sikap

20     Untuk memperolehi rezeki yang banyak, kita perlu berani mencuba

         A  Untuk memperoleh rezeki yang banyak
         B  Untuk memperolehi banyak rezeki
         C  Untuk banyak memperolehi rezeki
         D  Untuk memperolehi rezeki yang banyak

21    Amalan saling mengunjungi dapat mempererat hubungan antara jiran
        A  saling kunjung-mengunjungi dapat mempereratkan
        B  saling kunjung-mengunjungi dapat mempererat
        C  kunjung-mengunjungi dapat mempereratkan
        D  saling mengunjungi dapat mempererat


Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22     Jasanya kepada masyarakat setempat tidak dapat dinafikan lagi oleh   
         sesiapa pun kerana beliau telah mengorbankan sebahagian daripada 
         hartanya untuk membiayai pembinaan rumah orang-orang tua.

         A  Masyarakat tempatan akan tetap mengingatinya kerana beliau
              seorang yang telah mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk
              orang-orang tua.
       
         B  Penduduk di tempat itu tidak boleh menyangkal khidmat baktinya
             menggunakan sebahagian daripada hartanya untuk membantu orang-
             orang tua.

         C  Sumbangannya kepada masyarakat setempat tidak dapat disangkal lagi
             atas kesanggupannya menggunakan sebahagian daripada hartanya
             untuk kebajikan orang-orang tua.

         D Jasanya kepada masyarakat setempat tidak dapat diabaikan kerana
             beliau telah berkorban sebahagian daripada hartanya untuk
             kepentingan orang-orang tua.



23    Kepesatan pembangunan dan kestabilan ekonomi negara telah
        menggalakkan rakyat asing menetap di Malaysia.

         A  Ekonomi negara yang mantap dan stabil telah menarik lebih banyak
             warganegara asing datang menetap di Malaysia.

         B  Ekonomi yang stabil dan pembangunan yang pesat telah menarik minat
             warganegara asing tinggal di Malaysia.

         C  Rakyat luar negara akan menetap di Malaysia kerana kepesatan
              pembangunan dan keutuhan ekonominya.

         D  Banyak rakyat negara luar datang ke Malaysia kerana kepesatan                   
              pembangunan dan kestabilan ekonominya.


24     Kealpaan masyarakat untuk menjaga kebersihan alam sekitar telah
         menimbulkan masalah pencemaran yang semakin serius pada hari ini.

         A  Pada hari ini keadaan alam sekitar yang tercemar menyebabkan
             masyarakat hidup dalam suasana yang tidak selesa.

         B  Oleh sebab sikap masyarakat kita yang tidak menghargai alam sekitar     
              telah mendatangkan kesan negatif pada hari ini.

         C  Alam sekitar pada hari ini semakin tercemar dan menyebabkan keadaan
             sekeliling kita tidak bersih.

         D  Pencemaran alam yang serius kini berpunca daripada sikap kita sendiri   
             yang mengabaikan kebersihan sekitar.


















Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.


25      I  Surat yang ditulis oleh saya telah dihantar semalam.
         II  Budak itu mengakui akan kesalahannya kerana merosakkan harta benda
             sekolah.
        III  Kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran telah mengajar
             kami supaya lebih berani dan tabah.
       IV  Kami sekeluarga hanya beristirahat di rumah pada hujung minggu ini.

        A  II sahaja
        B  I dan II sahaja
        C  III dan IV sahaja
        D  II, III dan IV sahaja


26      I  Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di    
             dewan itu.
         II  Apakah perasaan ibu jika suruhannya dibuat tidak endah sahaja oleh
             anaknya?
        III  Hubungan di antara Malaysia dan negara-negara lain di dunia sangat
             kukuh.
        IV  Bungkusan yang dikirimkan abang itu saya belum buka lagi.

         A  I dan II sahaja
         B  I dan III sahaja
         C  II dan IV sahaja
         D  II, III dan IV sahaja




27      I  Dedaun kering bertaburan di halaman rumah.
         II  Adik saya menangisi kematian kucing kesayangannya yang dibeli di
            Taiwan itu.
        III  Baju berwarna merah jambu yang dibeli oleh saya itu mahal sangat.
        IV  Puan Aisyah yakin bahawa anaknya akan pulang berhari raya pada
              tahun ini.

         A  I dan III sahaja
         B  II dan III sahaja
         C  II dan IV sahaja
         D  III dan IV sahaja


Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28     Naqib      :  Saya mendapat tahu bahawa Kum Man yang dahulunya lemah
                          dalam pelajaran telah dapat membaiki kelemahannya itu. 
                          Bolehkan saudara terangkan kepada saya rahsia kejayaannya
                          itu?

         Adam     :  Memang Kum Man dahulunya lemah dalam pelajaran.  Namun
                          begitu, setiap hari dia diberi tunjuk ajar oleh guru dan ibu 
                          bapanya tanpa mengenal jemu.  Akhirnya dia telah maju dalam
                          pelajarannya itu.

         Berdasarkan dialog, keadaan Kun Man dapat disesuaikan dengan
         peribahasa

         A  rajin dan usaha tangga kejayaan
         B  belakang parang kalau diasah lagikan tajam
         C  sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan
         D  hendak seribu daya tak hendak seribu dalih





29     Peribahasa yang manakah tidak membawa maksud orang yang tamak?
         A  Besar periuk daripada kerak
         B  Seperti Belanda minta tanah
         C  Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
         D  Beri betis hendak paha


30     Pemuda itu telah menceritakan bahawa kunci utama kejayaannya  ialah
         berkat
         usaha dan kerja kerasnya yang berterusan sejak dahulu.
         Perbuatannya ini ibarat
         A  berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
         B  ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
         C  sehari selembar benang lama-lama menjadi kain 
         D  kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
























Soalan 31 – 35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.

           
Dia teringat akan kata-kata ayahnya yang telah meninggal dunia tiga tahun yang lalu.  Kata ayahnya, “Mei Ling, hidup kita adalah seperti pohon-pohon getah.  Walaupun warna daunnya hijau semata, tetapi setiap hari batangnya ditoreh oleh kita sendiri.  Itulah hidup kita, anakku.  Kita belajar untuk hidup berbahagia walaupun terluka.”

Mei Ling memekupkan muka dengan kedua-dua belah telapak tangannya.  Sesudah usianya meningkat lima belas tahun kini, dia terasa
kata-kata ayahnya tiga tahun lalu itu mengandung makna yang amat pejal dan padu.
            “Apa yang dimenungkan itu, Mei Ling?”
            Mei Ling tersentak.  Serentak itu juga khayalannya terputus.  Dia menoleh ke belakang, terpandang ibunya yang tersenyum nipis.  Mei Ling cuba untuk membalas senyum ibunya itu, tetapi dia sendiri dapat merasakan senyumnya itu sengaja dibuat-buat.

            “Ah!  Alangkah pura-puranya aku!” desis hatinya kecilnya.
            Nyonya Khoo merapat ke sisi anaknya, memegang bahu gadis sunti itu.  Mei Ling mendongak, menatap wajah ibunya.  Nyonya Khoo masih tersenyum, sesekali pula mengurut-urut rambut panjang anaknya itu.  Mei Ling tunduk merenung lantai sewaktu sorot mata ibunya tepat-tepat melekat pada wajahnya.  Dia seakan tidak berdaya menentang sorot mata ibunya itu; bagaikan ada sesuatu rahsia di sebalik mata yang agak cengkung itu.



            “Salinlah pakaian sekolah itu, Mei Ling.  Mari kita makan.  Hari ini ibu masakkan bubur sayur untuk Mei Ling.  Mei Ling tentu suka, bukan?” Nyonya Khoo memecahkan kesunyian yang tercipta sejenak tadi.
Mei Ling kembali mengangkat muka, kemudian bangun menggenggam erat tangan ibunya.
            Sesudah menyalin pakaian sekolahnya, Mei Ling menuju ke dapur.  Nyonya Khoo sudah siap duduk menghadap meja bulat yang agak usang, mengisi bubur sayur yang masih hangat itu ke dalam dua biji mangkuk; semangkuk untuknya dan semangkuk lagi untuk anak gadisnya, Mei Ling.
            “Wah, hari ini selera saya berlainan sekali!  Mencium bau bubur sayur ini pun rasanya sudah kenyang,” seloroh Mei Ling.
            Nyonya Khoo hanya menggeleng-geleng.  Tersenyum mendengar
kata-kata lucu anak gadisnya itu.
           

(Dipetik daripada cerpen Sehijau Warna Daun
  Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


31     Apakah perkara yang difikirkan oleh Mei Ling?
         A  Nasihat ayahnya tentang erti kehidupan.
         B  Penderitaan yang ditanggung oleh ibunya.
         C  Kehidupan mereka selepas ayahnya meninggal dunia.
         D  Berfikir tentang ayahnya yang telah meninggal dunia.







32                    “Ah!  Alangkah pura-puranya aku!  desis hati kecilnya.

        Teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang ialah
        A  dialog.
        B  monolog dalaman.
        C  imbas kembali.
        D  pemerian


33    Berdasarkan petikan di atas, yang manakah antara berikut bukan
        perwatakan Nyonya Khoo?
        A  Gigih
        B  Prihatin
        C  Penyayang
        D  Bertanggungjawab


34     Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini kecuali
         A  kegigihan seorang remaja berbangsa Cina.
         B  tanggungjawab seorang ibu.
         C  konflik yang dihadapi oleh seorang remaja.
         D  kesejahteraan hidup sebuah keluarga.


35     Cerpen ini dimulakan dengan
         A  pesanan ayah Mei Ling sebelum meninggal dunia.
         B  lamunan Mei Ling ketika bersama-sama dengan ayahnya.
         C  perbualan antara Mei Ling dengan ibunya.
         D  kepulangan Mei Ling dari sekolah.



Soalan 36 – 40
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
                                                Syair Pesanan Ibu
                                    Dengarlah anak ibu berpesan,
                                    Lengkapkan diri dengan pelajaran,
                                    Hanyalah itu jadi bekalan,
                                    Untuk hidup di masa depan.

                                    Ilmu itu pelindung diri,
                                    Seperti kebun berpagar duri,
                                    Seperti sinar intan baiduri,
                                    Itulah tanda orang jauhari.

                                    Hidupmu kini di masa remaja,
                                    Bagaikan permata amat berharga,
                                    Jangan jatuh ke lembah hina,
                                    Nanti menyesal tidak berguna.

                                    Syaitan menggoda bertambah gundah,
                                    Jangan mengambil jalan yang mudah,
                                    Jangan sekali mencuba dadah,
                                    Kalau terjerat sesal tak sudah.

                                    Jika masa telah terbuang,
                                    Perginya tidak akan berulang,
                                    Di hari tua sesal mendatang,
                                    Mengingatkan waktu yang telah hilang.

                                    Dunia bagai lautan dalam,
                                    Gelombang besar karangnya tajam,
                                    Di situ banyak kapal tenggelam,
                                    Ramailah insan yang telah karam.
                                   
                                    Ingatlah wahai anakku sayang,
                                    Tanah indah pusaka moyang,
                                    Jangan terlepas ke tangan orang,
                                    Sedangkan kita miskin terbuang.

                                    Zurinah Hassan                      
(Dipetik daripada antologi
Anak Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


36      Jangan mengambil jalan yang mudah membawa maksud
          A  jangan mengambil risiko.
          B  jangan memandang rendah.
          C  jangan berfikiran singkat.
          D  jangan bertindak sesuka hati.

37      Mengapakah ibu menasihati anaknya supaya menuntut ilmu?
          A  Agar menjadi insan mulia.
          B  Agar mendapat sanjungan.
          C  Agar menjadi pewaris bangsa.
          D  Agar dapat menawan hati orang.

38      Mengapakah kita disarankan agar menjaga tanah air sendiri?
          A  Supaya dapat menjadi bangsa yang maju dan berilmu.
          B  Supaya tidak dijajah lagi sehingga hidup miskin dan merempat.
          C  Supaya tidak dikatakan sebagai bangsa yang pemalas.
          D  Supaya tidak lagi menjadi suatu bangsa yang mudah diperdayakan.

39      Apakah tema syair di atas?
          A  Pedoman hidup untuk golongan remaja.
          B  Bimbingan untuk mempertahankan diri remaja.
          C  Ingatan kepada anak-anak muda untuk mencapai cita-cita.
          D  Nasihat kepada anak-anak muda untuk meningkatkan taraf hidup.

Akhir Zaman

Sedarkah kita , dunia semakin menuju ke arah kehancuran.Pelbagai tanda berlakunya kiamat seperti mana yang dijelaskan oleh firman Allah dan melalui lidah Rasululullah s.a.w.Apakah kita sudah bersedia menghadapi segalanya nanti.Fikir-fikirkanlah...

Khamis, 11 Ogos 2011

Panduan Isi Karangan Rangsangan B PMR


PANDUAN :

Isi Dalaman
Isi Luaran
Peringkat
3
0
Cemerlang (16 – 20 M)
2
1
Cemerlang (16 – 20 M)
2
0
Baik (11 – 15 M)
1
1
Baik (11 – 15 M)
1
2
Baik (11 – 15 M)
0
3
Memuaskan (6 – 10 M)

Jika calon tidak menjawab tugasan
Markah maksimum = penguasaan minimum ( 0 – 5 markah)

Ramadan Datang Lagi

Sempurnakan ibadat dengan ikhlas dan jangan campur aduk dengan adat.Jadikan bulan yang mulia ini sebagai permulaan kita untuk menjadi insan mulia di muka bumi ini.Ahlanwasahlan ya Ramadan.

Kata Sendi , Kata Penguat, Kata Pemeri,Kata Nafi dan Kata Bilangan


KATA SENDI NAMA ( KS)
Modul Bahasa Melayu



         i.            Kata yang terletak di hadapan Kata Nama(KN) atau  Frasa Nama(FN).Setiap KS mempunyai tugas dan fungsi yang tersendiri.
        ii.            Terdapat juga KS yang bertindak sebagai golongan kata yang lain.
Contoh ~ akan ( Kata Bantu) , dalam ( Kata Arah dan Kata Adjektif), sampai ( Kata Kerja) , antara ( Kata Kerja)

KS dan Penggunaan
 


              di
         i.            KS ...di  digunakan di hadapan KN/FN yang menerangkan tempat.KS ini perlu ditulis terpisah dengan perkataan yang hadir selepas.
Contoh : di sana , di laman, di Kuantan , di lobi

        ii.            Penggunaan salah yang biasa digunakan semasa menulis dan bertutur dengan KS ..di..
di  zaman  X           di waktu  X            di kurun  X             di pagi  X                di ketika  X
                ke
    i.          KS...ke  digunakan di hadapan KN/FN menunjukkan tempat/ arah ditujui dan untuk menunjukkan masa
                Contoh : ke arah, ke Labuan,             ....ke pukul satu pagi.,   ....semasa ke semasa, ....hari ke hari

  ii.          Penggunaan salah KS  ke
Tidak boleh digunakan di hadapan KN/FN yang merujuk makhluk hidup seperti manusia dan juga binatang.
Contoh: sampai ke pihak polis      
                .......... ke anak cucu            sepatutnya ke digantikan dengan kepada
                .......... ke Hussien

      iii.            Biasanya KS ke akan berpadanan dalam ayat yang mempunyai KS dari
Contoh : dari semasa ke semasa, dari bandar ke desa, dari hati ke hati


               

dari

   i.           di hadapan KN/FN yang menerangkan arah/tempat dan waktu
                arah/tempat-> dari selatan, dari kiri, dari kampung,..dari rumah Ibrah
                waktu/ masa-> dari tarikh, ...dari pukul 1:00 pagi... , dari kurun

                daripada
  i.            di hadapan KN/FN yang menerangkan:

a)       Punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur-unsur mujarad(abstraks)
1)       .....menerima bola daripada anjing...
2)       Daripada siapakah gerangan surat ini?
3)       ....daripada bahaya dadah.
4)       ....daripada kerajaan sudah diterima.
b)       Maksud sumber/ asal kejadian
1)       ...diperbuat daripada logam
2)       ....mendapat ilham daripada pemandangan...
3)       ....daripada perbincangan itu..
c)        Menunjukkan perbandingan
1)       Cikgu Ahmad lebih kacak daripada Cikgu Kusyairie.
2)       Edisi baharu buku itu lebih lengkap daripada yang sebelumnya.
d)       Menunjukkan keanggotaan
1)       Ahli persatuan itu terdiri daripada murid-murid yang bermasalah dan diketuai oleh Saiful .

kepada
i.      di hadapan KN/FN yang menyatakan sasaran merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad,pecahan dan  perubahan keadaan.

                                 i.            Pecahan
         1)   ...dibahagikan kepada dua .........
         2)    ...dipecahkan kepada dua semester....
                                ii.            Perubahan keadaan
         1)   ...meningkat kepada ....
         2)   ...berubah kepada tahap....
         3)   ...menurun kepada paras...
                              iii.            KS kepada berpadanan dengan KS daripada
        1)    ...daripada Zahir kepada Bashirah
        2)    ...daripada bapa kepada ibu
        3)    ...daripada 370 Celsius kepada 390 Celsius...
        4)    ...daripada warna biru muda kepada warna hijau tua..

                pada

i.      digunakan di hadapan KN/FN yang menunjukkan keterangan waktu,tempat dan juga digunakan dalam ungkapan ada  +  pada ( manusia atau haiwan ).KS pada yang merujuk tempat mesti berasaskan sesuatu kerja sedang berlaku.

                 a)    waktu
1)    ..pada pukul...
2)    ..pada zaman...
3)    ..pada waktu...
4)    ..pada ketika..
                        b)    ada + pada ( kepunyaan)
1)    ....ada pada Nadhirah
2)    ...ada pada Tuk Wali

                        c)     tempat ( merujuk perbuatan sesuatu kerja)
1)    ...berpaut pada bongkah batu...
2)    Peha lembu itu digantung pada cangkuk besi sebelum dijual.
3)    ... nama pada kertas ini.
                        d)    KS pada juga boleh digunakan untuk ungkapan-ungkapan seperti di bawah:
1)    Pada pendapat....
2)    Pada pandangan...

               
untuk dan bagi
i.      di hadapan KN/FN dengan tujuan :-

a)     Menunjukkan kegunaan : Asrama untuk/bagi...   , Derma untuk/bagi

b)    Maksud bahagian yang ditentukan/diperuntukkan.Dalam penggunaan sedemikian KS untuk tidak boleh digantikan dengan KS bagi.
       
        Hadiah untukmu.
        Tanah seluas  setengah ekar ini untuk kami.
        Untuk siapakah hidangan ini?

                demi

i.      KS demi membawa makna tujuan dan berada di hadapan KN/FN
        Contoh: ....demi kestabilan negara,......demi kepentingan bersama-sama.

·         Oleh sebab demi sudah membawa maksud tujuan, KS untuk yang sering digunakan seiring dalam ayat dianggap lewah(penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan)dan perlu digugurkan.
·         KS tidak boleh berada berturutan dalam ayat ( KS+KS = X ) demi untuk negara  X


 KS demi juga digunakan sebagai unsur penegas.Contoh:
 Demi Tuhan, aku.......
Juga boleh digunakan untuk melahirkan makna urutan.Contoh:
.....disusun satu demi satu
......pasukan demi pasukan

                tentang
i.    KS tentang membawa  maksud rujukan , KN/FN yang hadir selepas KS ini menjadi hal yang dibicarakan.
        Contoh:
        ..........tentang masalah
        ..........tentang kejadian rompakan
        ..........tentang kelewatan bayaran
Ada sebahagian pendapat menyatakan ‘mengenai’ boleh menggantikan KS tentang .Hakikatnya ‘mengenai’ merupakan kata kerja yang membawa maksud kena pada .Walau bagaimana pun penggunaan kata kerja ini sebagai KS merujuk kepada penggunaan seperti berikut:

Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai........

·         Kata Kerja lain yang biasanya seakan-akan berfungsi sebagai kata sendi seperti berikut:
i)      mengikuti
ii)     menerusi
               
                seperti,bagai , umpama,laksana

i.      berada di hadapan KN/FN yang membawa maksud perbandingan.
        Contoh:-

        Murid itu kebingungan seperti rusa masuk kampung.

Hari Semalam

Sebelum berbuka hujan turun dengan begitu lebat sekali.Perut sejak awal lagi sudah meragam.Akhirnya aku hanya di rumah, terawih pun terlepas.Namun aku rasanya semuanya ini ada hikmahnya.Seusai solat Isyak aku di hadapan televisyen menonton rancangan Bicara di TV al-Hijrah.Tajuknya Disiplin pelajar kini.Ahli panelnya seorang pakar motivasi, pensyarah(prof) untuk bakal guru dan juga wakil daripada Mapim.Aku kagum dengan ulasan ahli panel.Setiap yang dinyatakan disokong oleh hujah dan fakta yang tepat tidak seperti mana-mana ahli ilmiah yang sering bersandarkan kepada teori dan pendapat sendiri tanpa menerokai akar umbi:

 Konklusinya masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor:

1.Ibu bapa
Ibu bapa yang ego dan membuat anggapan diri mereka lebih bijak dan pandai, menyerahkan seratus peratus kepada pihak sekolah,cara mendidik yang salah,hubungan yang tidak erat dengan pihak sekolah, lebih suka mencari kesalahan orang lain daripada kesalahan sendiri, kasih sayang yang melampau, mementingkan kerjaya.

2.Guru
Berkerja hanya untuk gaji,tiada ilmu pedagogi dan psikologi, bebanan tugas yang melampau, pentadbir sekolah yang tidak bijaksana, mementingkan program akademik berbanding sahsiah

3.Dasar Kementerian
4.Rakan Sebaya
5.Media

Rumusan Ahli Panel
-Ibu bapa sebenarnya mencorakkan tingkah laku anak-anak mereka.









Mengenai Saya

Foto saya
Kuantan, Pahang, Malaysia
Tidak suka hipokrit