Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 11 Ogos 2011

Kata Sendi , Kata Penguat, Kata Pemeri,Kata Nafi dan Kata Bilangan


KATA SENDI NAMA ( KS)
Modul Bahasa Melayu



         i.            Kata yang terletak di hadapan Kata Nama(KN) atau  Frasa Nama(FN).Setiap KS mempunyai tugas dan fungsi yang tersendiri.
        ii.            Terdapat juga KS yang bertindak sebagai golongan kata yang lain.
Contoh ~ akan ( Kata Bantu) , dalam ( Kata Arah dan Kata Adjektif), sampai ( Kata Kerja) , antara ( Kata Kerja)

KS dan Penggunaan
 


              di
         i.            KS ...di  digunakan di hadapan KN/FN yang menerangkan tempat.KS ini perlu ditulis terpisah dengan perkataan yang hadir selepas.
Contoh : di sana , di laman, di Kuantan , di lobi

        ii.            Penggunaan salah yang biasa digunakan semasa menulis dan bertutur dengan KS ..di..
di  zaman  X           di waktu  X            di kurun  X             di pagi  X                di ketika  X
                ke
    i.          KS...ke  digunakan di hadapan KN/FN menunjukkan tempat/ arah ditujui dan untuk menunjukkan masa
                Contoh : ke arah, ke Labuan,             ....ke pukul satu pagi.,   ....semasa ke semasa, ....hari ke hari

  ii.          Penggunaan salah KS  ke
Tidak boleh digunakan di hadapan KN/FN yang merujuk makhluk hidup seperti manusia dan juga binatang.
Contoh: sampai ke pihak polis      
                .......... ke anak cucu            sepatutnya ke digantikan dengan kepada
                .......... ke Hussien

      iii.            Biasanya KS ke akan berpadanan dalam ayat yang mempunyai KS dari
Contoh : dari semasa ke semasa, dari bandar ke desa, dari hati ke hati


               

dari

   i.           di hadapan KN/FN yang menerangkan arah/tempat dan waktu
                arah/tempat-> dari selatan, dari kiri, dari kampung,..dari rumah Ibrah
                waktu/ masa-> dari tarikh, ...dari pukul 1:00 pagi... , dari kurun

                daripada
  i.            di hadapan KN/FN yang menerangkan:

a)       Punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur-unsur mujarad(abstraks)
1)       .....menerima bola daripada anjing...
2)       Daripada siapakah gerangan surat ini?
3)       ....daripada bahaya dadah.
4)       ....daripada kerajaan sudah diterima.
b)       Maksud sumber/ asal kejadian
1)       ...diperbuat daripada logam
2)       ....mendapat ilham daripada pemandangan...
3)       ....daripada perbincangan itu..
c)        Menunjukkan perbandingan
1)       Cikgu Ahmad lebih kacak daripada Cikgu Kusyairie.
2)       Edisi baharu buku itu lebih lengkap daripada yang sebelumnya.
d)       Menunjukkan keanggotaan
1)       Ahli persatuan itu terdiri daripada murid-murid yang bermasalah dan diketuai oleh Saiful .

kepada
i.      di hadapan KN/FN yang menyatakan sasaran merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad,pecahan dan  perubahan keadaan.

                                 i.            Pecahan
         1)   ...dibahagikan kepada dua .........
         2)    ...dipecahkan kepada dua semester....
                                ii.            Perubahan keadaan
         1)   ...meningkat kepada ....
         2)   ...berubah kepada tahap....
         3)   ...menurun kepada paras...
                              iii.            KS kepada berpadanan dengan KS daripada
        1)    ...daripada Zahir kepada Bashirah
        2)    ...daripada bapa kepada ibu
        3)    ...daripada 370 Celsius kepada 390 Celsius...
        4)    ...daripada warna biru muda kepada warna hijau tua..

                pada

i.      digunakan di hadapan KN/FN yang menunjukkan keterangan waktu,tempat dan juga digunakan dalam ungkapan ada  +  pada ( manusia atau haiwan ).KS pada yang merujuk tempat mesti berasaskan sesuatu kerja sedang berlaku.

                 a)    waktu
1)    ..pada pukul...
2)    ..pada zaman...
3)    ..pada waktu...
4)    ..pada ketika..
                        b)    ada + pada ( kepunyaan)
1)    ....ada pada Nadhirah
2)    ...ada pada Tuk Wali

                        c)     tempat ( merujuk perbuatan sesuatu kerja)
1)    ...berpaut pada bongkah batu...
2)    Peha lembu itu digantung pada cangkuk besi sebelum dijual.
3)    ... nama pada kertas ini.
                        d)    KS pada juga boleh digunakan untuk ungkapan-ungkapan seperti di bawah:
1)    Pada pendapat....
2)    Pada pandangan...

               
untuk dan bagi
i.      di hadapan KN/FN dengan tujuan :-

a)     Menunjukkan kegunaan : Asrama untuk/bagi...   , Derma untuk/bagi

b)    Maksud bahagian yang ditentukan/diperuntukkan.Dalam penggunaan sedemikian KS untuk tidak boleh digantikan dengan KS bagi.
       
        Hadiah untukmu.
        Tanah seluas  setengah ekar ini untuk kami.
        Untuk siapakah hidangan ini?

                demi

i.      KS demi membawa makna tujuan dan berada di hadapan KN/FN
        Contoh: ....demi kestabilan negara,......demi kepentingan bersama-sama.

·         Oleh sebab demi sudah membawa maksud tujuan, KS untuk yang sering digunakan seiring dalam ayat dianggap lewah(penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan)dan perlu digugurkan.
·         KS tidak boleh berada berturutan dalam ayat ( KS+KS = X ) demi untuk negara  X


 KS demi juga digunakan sebagai unsur penegas.Contoh:
 Demi Tuhan, aku.......
Juga boleh digunakan untuk melahirkan makna urutan.Contoh:
.....disusun satu demi satu
......pasukan demi pasukan

                tentang
i.    KS tentang membawa  maksud rujukan , KN/FN yang hadir selepas KS ini menjadi hal yang dibicarakan.
        Contoh:
        ..........tentang masalah
        ..........tentang kejadian rompakan
        ..........tentang kelewatan bayaran
Ada sebahagian pendapat menyatakan ‘mengenai’ boleh menggantikan KS tentang .Hakikatnya ‘mengenai’ merupakan kata kerja yang membawa maksud kena pada .Walau bagaimana pun penggunaan kata kerja ini sebagai KS merujuk kepada penggunaan seperti berikut:

Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai........

·         Kata Kerja lain yang biasanya seakan-akan berfungsi sebagai kata sendi seperti berikut:
i)      mengikuti
ii)     menerusi
               
                seperti,bagai , umpama,laksana

i.      berada di hadapan KN/FN yang membawa maksud perbandingan.
        Contoh:-

        Murid itu kebingungan seperti rusa masuk kampung.

1 ulasan:

  1. cikgu, tukar lah warne tulisan. nak study balik pon tak nampak. :D

    BalasPadam


Mengenai Saya

Foto saya
Kuantan, Pahang, Malaysia
Tidak suka hipokrit