Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 24 Ogos 2011

Panduan dan teknik membetulkan ayat ,komsas


PANDUAN DAN TEKNIK MEMBINA AYAT
1. Markah diperuntukkan antara 10 – 12 markah. Markah setiap ayat antara 1 ½ - 2.
2. Pasangan kata biasanya markah penuh 3.
3. Lazimnya terdapat 3 arahan:
Membina satu ayat bagi setiap kata yang ditanya bagi menunjukkan pelajar faham makna kata tersebut. Contoh: junjung, pikul, jinjing, kepit, atau;membina dua ayat daripada sepasang kata yang disediakan bagi menunjukkan
perbezaan maksudnya. Contoh: bekal – bekam, lebam – lemah dll, atau;membina dua ayat bagi setiap kata untuk menunjukkan perbezaan maksudnya. Contoh: haus, pokok, batu.
4. Gunakan ayat yang gramatis (tiada sebarang kesalahan tatabahasa). Setiap kesalahan tatabahasa ditolak ½ markah.
5. Gunakan ayat yang sesuai di peringkat SPM. Dicadangkan ayat yang sesuai:
   [ Ayat majmuk/berlapis = Subjek + Predikat + Penerang]
6. Peraturan yang perlu dipatuhi:

Jangan tambah imbuhan pada kata yang diuji.
Jangan gandakan kata yang diuji.
Jangan gunakan kata diuji sebagai simpulan bahasa atau kiasan.
Jangan jadikan kata yang diuji sebagai nama khas.
Jika yang diuji pasangan kata, jangan rangkumkan kedua-dua kata dalam satu ayat.

7. Bentuk soalan lazimnya boleh dibahagi kepada 12 jenis. iaitu membina ayat daripada:
kata ganda. Contoh: baring-baring, sesiku, kumat-kamit, keanak-anakan.
kata yang hampir sama makna. Contoh: menebas, memotong, mencantas
kata dan kata berimbuhan. Contoh: korban, berkorban, terkorban.
pasangan kata dan kata ganda. Contoh: tua – tua-tua, bulat – bulat-bulat.
kata homograf. Contoh: perang, rendang, semak.
kata berimbuhan. Contoh: menerbangkan – diterbangkan.
pasangan kata ganda dan kata majmuk. Contoh: pahit-pahit – pahit manis.
pasangan kata dan kata ganda. Contoh: kecil – kecil-kecilan.
pasangan kata dan kata majmuk. Contoh: suku – suku sakat
pasangan kata ganda dan kata berimbuhan. Contoh: tegak-tegak – menegakkan.
pasangan kata yang berbeza maknanya. Contoh: cocok – cucuk.
kata banyak makna. Contoh: hangat, haus, cetek.

8. Langkah-langkah membina dan menulis ayat yang dicadangkan:
Baca dan fahami kehendak soalan sama ada perlu menulis satu ayat atau 2 ayat.Cari dan fikirkan makna kata yang diuji.
Membina ayat daripada kata diuji.Semak semula ayat dan baiki sebarang kesalahan atau kelemahan.Tulis semula ayat berkenaan dengan kemas.

9. Aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam membina ayat dalam pasangan kata: Jika buat 1 ayat sahaja dan betul, markah diberi 1 sahaja.Jika bina lebih daripada 1 ayat dan 1 ayat itu betul penggunaanya, tolak ½ markah
Ayat yang dibina seolah-olah satu ayat tetapi dengan adanya tanda (,) ayat dengan sendirinya menjadi 2 ayat. Markah diberi 0. Contoh: Meragamkan.Ramai peragawati dari negara Erpkah melancong ke Malaysia, di samping itu mereka juga meragamkan pakaian.

10. Aspek-aspek lain yang perlu diambilkira dalam membina ayat:Tiada markah bagi ayat yang tidak lojik atau tidak menunjukkan pemahaman calon.

Contoh: Saya tidak tahu membuat ayat daripada perkataan anggun.

Tiada markah bagi calon yang sengaja meninggalkan imbuhan pada perkataan yang diuji.
Jika menggunakan cakap ajuk, hendaklah lengkap dengan tanda-tanda baca. Contoh: "Arwah ayah kau pernah berpesan kepada emak supaya tidak mensia-siakan pelajaran kau," kata ibunya dengan suara tersekat-sekat.

Jika soalan memerlukan perbezaan makna sedangkan calon menulis kedua-dua ayat dengan makna yang sama, tiada markah diberi. Contoh: menurun.
Warna bajunya telah menurun setelah direndam beberapa hari.
Baju yang berharga murah biasanya menurun warnanya.

11. Terdapat kecenderungan pelajar menggunakan perkataan yang berimbuhan sedangkan ayat   berkenaan tidak memerlukannya. Cuba gunakan ayat:
larangan – usah, jangan
silaan – jemput, sila
permintaan – harap, tolong, minta.
12. Bagi sesetengah kata yang sukar difahami, perlu rajin merujuk Kamus Dewan.

Latihan Bengkel :
Binalah satu ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan maknanya.
(i) tetamu (ii) sesentuh (iii) bebenang (iv) tetupai (v) lelangit
Tuliskan satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan maknanya.
(i) merebus (ii) memanggang (iii) menggoreng
(iv) menjerang (v) mengukus.
Tuliskan satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menjelaskan maksudnya.
(i) hati (ii) berhati-hati (iii) perhatian (iv) pemerhatian
(v) memperhatikan (vi) pemerhati
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya.
(i) agar - agar-agar (ii) tua - tua-tua
(iii) jarang - jarang-jarang (iv) angkut - angkut-angkut
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.
(i) Belot – belut (ii) seloroh – seluruh (iii) cocok – cucuk (iv) tempoh – tempuh
Tuliskan dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.
(i) dahaga (ii) keras ( iii) dalam (v) kering
Tuliskan satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan
maknanya.
(i) bela – bela (ii) sepak – sepak (iii) rendang – rendang
(iv) semak – semak
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan makananya.
(i) lalu – lalu lintas (ii) jerih – jerih payah (iii) gulung – gulung tikar
(iv) pecah – pecah rumah
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.
(i) bulat-bulat – membulatkan (ii) rata-rata – meratakan (iii) masak-masak – memasakkan
(iv) terang-terang – menerangkan
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.
(i) perjawatan – menjawat (ii) penjelasan – menjelaskan
(iii) penguasaan – menguasai (iv) pelancaran - melancarkan

PANDUAN DAN TEKNIK MENYAMBUNG AYAT
Calon-calon akan diminta menyambung atau menggabungkan ayat-ayat pendek dalam petikan supaya menjadi dua, tiga atau empat ayat.
Baca arahan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
Kesan ayat-ayat yang mempunyai kaitan atau sesuai digabungkan.
Gunakan teknik kata hubung iaitu :
kata hubung gabungan (atau, dan, lalu, maka, serta, tetapi)
kata pancangan (agar, apabila, bahawa, hingga, jikapun, sebelum, sejak, selama dll.)
kata pasangan (baik…ataupun, baik…mahupun, bukan sahaja…. bahkan, dll.)
Gunakan teknik pengguguran perkataan yang sesuai.
Elakkan menggunakan perkataan di mana, yang mana, dari mana.
Jangan bina ayat kuirang atau lebih daripada yang diarahkan.
jangan ubah struktur ayat yang boleh membawa makna yang berlainan daripada maksud asal.
Isi penting dalam sesuatu ayat juga tidak boleh ditinggalkan kerana boleh menjejaskan markah.
Dicadangkan cara menulis jawapan dalam, bentuk:
(a) Bentuk 1 1. ____________________________.
2.____________________________.
3. ____________________________.
(b) Bentuk 2 _________________________. _________________________.
___________________________________________________.
______________________. (Pastikan ada tanda noktah)

Latihan Bengkel:
Sambungkan ayat-ayat pendek di bawah menjadi Tiga ayat sahaja dengan memelihara susunan dan maksud ayat tersebut.
Eksport minyak sawit ke negara China merosot sedikit.Hal berlaku baru-baru ini.Hal ini
berikutan dengan peristiwa berdarah di negara itu. Kita yakin keadaan akan pulih semula.
Kementerian Perusahaan Utama sedang mengenalpasti beberapa negara baru. Ini
termasuklah negara di Timur Tengah. Tujuannya adalah supaya negara-negara tersebut
dijadikan pasaran bagi eksport minyak sawit kita.Perkara ini memandangkan Malaysia tidakboleh bergantung kepada negara-negara yang sedia ada sahaja. Malaysia tetap
mempertahankan negara pembeli yang sedia ada. Tujuannya untuk mengelakkan negara-
negara itu daripada beralih mengimport komoditi itu. Negara-negara itu akan melakukan
pengimportan komoditi itu dari negara-negara lain.
(SPM 1992)

PANDUAN DAN TEKNIK MEMBETULKAN AYAT
1. Calon diberi ayat yang mengandungi kesalahan yang tidak ditanda/digaris.
2. Jangan ubah struktur ayat. Contoh: "Inilah Yang Berbahagia, Encik Haji Ali," dia   memperkenalkan wakil rakyat itu. – Dia memperkenalkan wakil rakyat itu iaitu YB Tuan Haji Ali.
3. Lazimnya setiap ayat mengandungi 1 atau 2 kesalahan dan setiap satu kesalahan yang dibetulkan mendapat 1 markah. Markah yang tertera pada soalan akan menentukan jumlah kesalahan. Contoh: Sebahagian ahli-ahli pertubuhan itu dikehendaki menghimpun ditempat yang dijanjikan tepat pada pukuk tiga petang..
4. Perkataan yang salah boleh digugurkan dan perkataan itu tidak perlu diganti.
5. Pelajar tidak boleh menambah perkataan lain atau membetulkan perkataan yang salah. Jika ini dilakukan markah akan dipotong.
6. Sebarang kesalahan bahasa juga akan dipotong markah.
7. Jangan menulis kesalahan ayat sahaja tanpa menyalin keseluruhan ayat.Contoh:
   menghimpun - berhimpun (salah)
8. Jenis-jenis kesalahan yang biasa terdapat dalam ayat:
kata ganti diri
kata depan `di’ dan `ke’
bahasa istana
hukum D-M
imbuhan
sendi nama
kata jamak
penggunaan kata
kata ganda
gelaran , dan lain-lain.

Latihan Bengkel:
Encik Haji Saari Ali bertugas sebagai Pengetua pada Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras. 
Dengan semangat yang berdebar-debar, anak muda-anak muda itu berarak ke perkumpulan raksasa itu. 
Saya difahami bahawa beliau telah mengingatkan  larangan menukar mata pelajaran pada mesyuarat yang lalu. 
Selain mewujudkan peluang perkerjaan, pembinaan projek itu diharapkan dapat mengendahkan lagi kawasan itu. 
Ali pergi ke pasar menaiki mini bas.
"Ampun Tuanku, kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih atas persetujuan Tuanku datang ke majlis ini," sembah juruacara itu.
Jejari-jejari gadis itu yang runcing kelihatan sungguh cantik.
Gadis yang memakai mini skirt itu merungut-rungut kerana pemandu bas mini yang dinaikinya memandu dengan laju.
"Malam tadi ku letakkan kunci kereta itu di atas meja ini," kata Haji Leman.
Biarlah kusimpan sebuah penderitaan ini daripada pengetahuan para-para teman.
 Sebilangan orang pemandu lori melancarkan mogok secara aman kerana membantah tindakan polis trafik yang menyaman mereka setiap hari.
Kertas itu dicampak di dalam bakul sampah oleh Laili. Rombongan daripada Sekolah Seri Puteri tiba di Angkasapuri pada pukul 11.00 pagi. 
Kunci Pusat Sumber ada dengan Cikgu Mimi. 
Mary senyum kepada Palany yang berdiri di bawah pokok mangga itu.

PANDUAN DAN TEKNIK MENUKARKAN CAKAP AJUK/PINDAH KEPADA CAKAP PINDAH/AJUK
1. Bentuk soalan pertama ialah menukar cakap ajuk kepada cakap pindah dan bentuk kedua ialah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk. 2 bentuk cakap ajuk yang sering dikemukakan dalam peperiksaan ialah petikan dialog dalam skrip drama dan petikan dialog dalam cerpen.
2. Baca petikan beberapa kali dan fahami isi-isi penting yang terkandung di dalamnya.
3. Jangan prosakan petikan.
4. Jangan gunakan bahasa basahan/pasar/dialek.
5. Jangan buat laporan.
6. Tuliskan jawapan dalam satu perenggan sahaja.
7. Jangan gunakan sinkof seperti dah, dan lain-lain.
8. Patuhi 4 proses:
Penghilangan - Tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata ("…."), tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.
Penambahan – Anda perlu memberi imbuhan pada kata yang sesuai atau menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya susunan lebih lengkap dan gramatis.
Penukaran – Tukarkan kata ganti nama diri, masa dan tempat kepada bentuk yang sesuai.
Contoh: aku/engkau/anda - dia/saya/mereka
dia/ia/mereka - dia/ia/mereka
Penggantian – Kata seru hendaklah diubah kepada maksudnya. Contoh:
Amboi! - Dengan perasaan terkejut/kagum
Eh! - Dengan hairan/terkejut
9. Perkara-perkara lain yang perlu diambilkira:
4 ayat perintah; suruhan, silaan, larangan, permintaan. Contoh: dia menyuruh/melarang dll.
Ayat penyata – Cth: Dia berkata/menerangkan bahawa
Ayat tanya - Dia menanyakan/menyoal/bertanya
Memahami frasa penting. Cth: helo – dia menelefon, baiklah – dia mengiakan.
10. Markah diberi secara impression dengan penekanan pada maksud dan jalinan ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan bahasa.
11. Jawapan dikategorikan kepada 3 iaitu baik (10-12), sederhana (5-8) dan lemah (1-4)
12. Kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah lemah dalam tatabahasa., menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak cukup.
13. Bagi aspek menukarkan dialog kepada cakap ajuk, proses penukaran adalah sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.
Latihan Bengkel:
SPM1996
Tuliskan semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
"Bagaimana dengan rancangan awak?" tanya Salleh.
"Rancangan apa? jawab Ani.
"Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari," kata Salleh.
"Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan." jelas Ani.
"Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu!"
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
[10 markah]

SPM 1995
Tuliskan laporan di bawah ke dalam bentuk dialog mengikut susunan asal. Gunakan bahasa yang gramatis.
Pada suatu malam, Puan Saodah menelefon ke rumah Datin Rosnah dan panggilan itu disambut oleh anak saudaranya, Ainon. Setelah diminta, Puan Saodah memperkenalkan dirinya selaku Setiausaha Kelab Pencinta Alam Semulajadi atau ringkasnya KEPA. Ainon memberitahu bahawa Datin Rosnah tidaak ada di rumah kerana beliau dan suaminya berada di Pulau Belum untuk merasmikan satu perkhemahan kempen "Cintailah Flora dan Fauna" di pulau tersebut Ainon memperkenalkan dirinya secara ringkas setelah ditanya. Kemudian Puan Saodah bertanya pada Ainon bila agaknya Datin akan pulang. Ainon menerangkan yang Dato’ dan Datin bermalam di Pulau Belum dan Insya Allah akan balik pada tengahari hari esoknya.
Seterusnya Ainon bertanyakan kalau ada apa-apa pesanan untuk Datin. Puan Saodah meminta agar Ainon memberitahu ibu saudaranya yang dia akan datang ke sana pada petang esok untuk berbincang tentang Mesyuarat Agung KEPAS. Ainon berjanji akan menyampaikannya. Puan Saodah mengakhiri perbualan itu dengan memberi salam.

                CADANGAN AGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN
No.
Bentuk
Markah
Masa
1
Rumusan
30
35 minit
2
Pemahaman Prosa Moden
30
35 minit
3(a)
Pemahaman klasik
20
25 minit
3(b)
Pemahaman sajak
20
25 minit
4
Tatabahasa
20
25 minit
4 soalan dijawab

100
120 minit
Nota:
Masa yang dicadangkan bagi tiap-tiap soalan adalah
        (a) meliputi proses-proses berikut:
(b) membaca dan memahami petikan.
(c) Mengesan isi dan merangka jawapan.
(d) Menulis jawapan.
(e) Menyemak jawapan.
Pastikan anda sentiasa melatih diri menjawab setiap soalan berdasarkan peruntukan masa yang dicadangkan.

¹ @ Pengurusan masa yang cekap dan hasil jawapan yang tepat akan menentukan kecemerlangan keputusan yang anda diperolehi.
                               






Bahasa Melayu SPM


PANDUAN DAN TEKNIK MERUMUS PETIKAN
Nota:
Bahagian merumus lazimnya mendatangkan masalah kepada pelajar, terutama bagi mereka yang tidak bersedia atau malas mengulangkaji. Merumus juga ibarat mencantas pokok yang rendang. Oleh itu kerja mencantas perlu dilakukan pada ranting-ranting yang kecil bukan pada bahagian dahan atau batang dan perlu dilakukan berhati-hati untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Berikut dicadangkan panduan merumus yang menepati kehendak peperiksaan.
1. Markah penuh : 30 markah (Isi=20 dan Bahasa=10)
2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat.
markah bahasa diberi separuh daripada markah isi
2.     Formula isi dan markah
Isi
A
B
C
D
E
Jum. Isi
Markah
Pen Pengenalan
1
1
1
1
1
1
2
Tersurat
6
5
4
3
2
2-6
4-12
Tersirat
2
3
4
5
6
2-6
4-12
Kesimpulan
1
1
1
1
1
1
2
Jum. isi
10
10
10
10
10
10

Jum. Markah
20
20
20
20
20
20
20

3.  Asas pemberian markah bahasa
Peringkat
Markah Isi
Markah Bahasa
Huraian isi
Baik
15-20
7-10
Kesinambungan isi baik, struktur ayat baik, kosa kata luas, tanda baca/ejaan baik
Sederhana
8-14
4-7
Kesinambungan isi masih baik, struktur/tatabahasa baik, kosa kata masih memuaskan dan tanda baca/ejaan masih memuaskan
Lemah
1-7
1-4
Pada keseluruhannya dalam kekurangan/tidak memuaskan.
            Nota : Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan antara 100 – 120
            patah perkataan, markah bahasa diberi ialah 0.
     
4.  Kaedah mengira perkataan.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
nama khas – Contoh : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
perkataan berganda – Contoh: berbual-bual
kata depan – Contoh: di kedai, ke pasar
angka dengan nombor atau perkataan – Contoh: Dua ratus ribu, 2020
gelaran – Contoh: Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
tarikh - 28 Februari 1998
Perkataan yang dikira lebih daripada satu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB (3 patah kata)
5. Jumlah perkataan
Antara 100 – 120 perkataan. Jika calon mengemukakan lebih 120 perkataan, markah tidak dipotong. Patah perkataan selepas 120 diabaikan.
6. Perenggan
Dicadangkan 4 perenggan (pengenalan, isi tersurat, tersirat dan kesimpulan)
dengan selang sebaris antara perenggan. Rasionalnya supaya pemerika dan calon lebih mudah menyemak isi dan jawapan.
7. Masa menjawab
Dicadangkan peruntukan masa selama 35 minit sahaja dengan kombinasi masa  5 minit – membaca & memahami petikan, 12 minit mengesan isi, 13 minit menulis jawapan, dan 5 minit untuk menyemak/mengira perkataan/membaiki kesilapan.
8. Lain-lain
Tuliskan jumlah patah erkataan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan rumusan anda. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat. Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca.


Strategi mengesan dan menulis pendahuluan.
1. Pendahuluan bermaksud pemahaman calon tentang keseluruhan petikan.
2. Cara mengesan dengan membaca, menganalisis dan memahami:
(a) arahan/kata kunci soalan }
(b) keseluruhan isi/intipati petikan } pendahuluan yang mantap
(c) sumber petikan }
3. Menulis dengan menggunakan kata kunci/dimulakan dengan frasa:
Petikan ini memperkata/berhubung/menyatakan  ………..
Petikan ini menyentuh tentang --------
Petikan ini memberi komen tentang ----------
Petikan ini membincangkan/memperkata/mengulas tentang ……….
4. Pengenalan boleh diambil daripada:
kata kunci arahan soalan (1 markah sahaja)
kata kunci arahan soalan yang diubahsuai mengikut pemahaman keseluruhan petikan. (2 markah)
Nota: lihat contoh soalan & skema markah.
5. Pengenalan tidak boleh diambil daripada isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.
6. Ditulis dalam satu ayat sahaja.
    Contoh-Contoh Pengenalan.
Petikan tersebut memperkata tentang perkembangan perubatan dan kesihatan sebelum dan selepas merdeka. (SPM1993)
Petikan ini menyentuh tentang pandangan penulis berhubung dengan beberapa kelemahan pihak bomba mengatasi kebakaran (SPM 1994)
Petikan membincangkan kesan-kesan negatif proses pembandaran terhadap instituti keluarga. (SPM 1995)
Petikan membicarakan kemajuan Malaysia bergantung kepada perkembangan teknologi telekomunikasinya. (SPM1996)
Petikan ini membicara tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (SPM1997)
Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersurat
1. Isi tersurat ialah isi yang dinyatakan dalam petikan dan menepati kehendak soalan.
2. Kesan isi tersurat berdasarkan kehendak soalan/kata kunci soalan sahaja
3. Aspek yang perlu diambil kira semasa mencantas isi:
Contoh langsung tidak perlu dimasukkan. Perkara tersebut dapat dikesan dalam petikan melalui kata-kata berikut: (seperti, dalam bentuk, termasuk, umpamanya, diantaranya, contohnya, iaitu dan misalnya)
Contoh: Klon-klon baru iaitu KKM22 dan KKM28 telah diperkenalkan oleh MARDI.
Contoh tidak langsung juga tidak perlu dimasukkan. Contoh: Tindakan kerajaan terhadap pengemis dengan menangkap, menahan, menempatkan di rumah kebajikan atau menghantar pengemis asing pulang ke negara asal menelan belanja yang besar.
Huraian sesuatu konsep tidak perlu dimasukkan. Contoh: Mak Yong merupakan satu daripada drama yang menggunakan alat-alat tradisonal.
Gantikan rangkai kata yang panjang dengan konsep yang sama maksud. Contoh: pasir, simen, batu marmar, kepingan atap (bahan binaan)
Jika rangkai kata yang panjang tidak digantikan dengan satu konsep, masukkan sekurang-kurannya 2 item supaya markah tidak dipotong. Contoh: bencana alam (hakisan, dan banjir/tanah runtuh/taufan/kebakaran)
Isi yang berkait dalam beberapa ayat perlu dimasukkan dalam keseluruhan isi tersebut. Contoh: Thailad telah berjaya berbuat demikian. Begitu juga Singapura dan Singapura. Negara-negara ini mempunyai kesitimewaan yang tersendiri. (Thailad, Indonesia dan Singapura telah berjaya berbuat demikian kerana mempunyai keistimewaan tersendiri)
Penanda wacana tidak perlu dimasukkan . Contoh: walau bagaimanapun, di samping itu, namun begitu, oleh itu.
Konsep yang sama pilih satu yang lebih ringkas. Contoh: Perbadanan Kemajuan Pelancongan atau TDC – (Pilih TDC)
Jika petikan tersebut ceramah/ucapan/syarahan, maka kata-kata aluan, kata ganti diri orang yang bercakap dan penutup tidak perlu dimasukkan Contoh: Saya masih dapat membayangkan bagaimana kanak-kanak menderita akibat penyakit difteria, batuk kokol dan tibi. (Kanak-kanak menderita akibat pelbagai penyakit). Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih……. (kata-kata aluan tidak perlu)
Huraian isi tidak perlu dimasukkan dalam isi tersurat. Contoh: Setiap balai bomba perlu mempunyai kakitangan dan peralatan yang mencukupi (1) Tidaklah masuk akal sekiranya usaha-usaha penyelamatan tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau ketiadaan air atau kekangan lain…… (2) Isi (2) tidak perlu kerana berupa huraian isi (1).
Jika petikan mempunyai kata kunci soalan, semua isi tersurat yang perlu dimasukkan mestilah berkaitan dengan kehendak kata kunci soalan. Contoh: Buat rumusan tentang peranan telekomunikasi di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 (Julai 1996). Isi tersirat mestilah berkait tentang peranan sahaja.
4. Tulis 1 isi dalam 1 ayat
Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersirat
Isi tersirat merupakan lanjutan isi tersurat atau implikasi sisi tersurat yang tidak terdapat dalam petikan.
Isi tersirat mestilah sesuatu yang berkaitan dengan isi tersurat.
Isi tersirat dibuat dalam satu ayat sahaja.
Isi tersirat tidak boleh dibuat dalam bentuk cadangan/pendapat/usul.
Gunakan isi tersurat untuk mengesan/mengenalpasti isi tersirat dengan berdasarkan kehendak atau kata kunci soalan.
Jangan masukkan contoh dalam isi tersirat
Contoh SPM 1996:
Arahan: Buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permainan video di kalangan remaja. (Isi tersurat dan tersirat mesti menyentuh tentang kata kunci berkenaan)
Jawapan: Tersurat - Hiburan ini murah dan mudah didapati. {faktor}
- Remaja mampu ke pusat video kerana mempunyai wang. {faktor}

Strategi Mengesan dan Menulis Kesimpulan/Penutup
Kesimpulan merupakan satu cadangan/pendapat/ulasan tentang keseluruhan petikan yang diberi.
Ditulis dalam satu ayat sahaja.
Gunakan kata kunci/penanda wacana untuk membezakan isi tersirat dengan kesimpulan. Contoh : Kesimpulannya, Oleh itu, Oleh hal  yang demikian.
Boleh kaitkan dengan wawasan 2020 jika petikan berkenaan berkaitan.
Contoh-Contoh Kesimpulan.
Oleh itu, kerjasama orang ramai dengan pihak bomba perlu untuk mencegah kebakaran (SPM 1994)
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah  berkerjasama untuk mewujudkan masyarakat penyayang selaras dengan matlamat wawasan 2020. (SPM 1995)
Oleh yang demikian, segala halangan terhadap perkembangan teknologi komunikasi hendaklah diatasi oleh semua pihak. (SPM 1996)
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu menangani masalah pembalakan supaya tidak menjejaskan kestabilan alam sekitar. (SPM 1997)
Latihan Bengkel:
SKIMA MERUMUS PETIKAN
Arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan satu rumusan tentang akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang. Panjang rumusan hendaklah antara 100 – 120 perkataan sahaja.
PERATURAN PEMARKAHAN
Pengenalan/Pendahuluan [2 markah]
Rencana ini membicara tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (2 markah)
Rencana ini memperkatan akibat aktiviti pembalakan di negaa ini pada
pada masa sekarang (1 markah)
Rencana ini membicarakan  aktiviti pembalakan di negara ini pada
masa sekarang. (1 markah)
Isi Tersurat [4 – 12 markah]
S1. Kawasan bukit bukau/tadahan hujan menjadi gondol/dimusnahkan. (2m)
S2. Kawasan peranginan/tanah tinggi/bukit menjadi semakin panas. (2m)
S3. Bekalan kayu balak/hasil balak negara turut berkurangan. (2m)
S4. 800 ribu hektar hutan/beratus ribu hektar hutan/banyak kawasan hutan
dibersihkan dalam setahun. (2m)
S5. Saiz balak yang ditebang seamakin kecil. (2m)
S6. Industri berasaskan kayu akan semakin berkurangan. (2m)
S7. Kayu balak terpaksa diimport.
Isi Tersirat [4 – 12 markah]
T1 Pembalakan menyebabkan berlakunya bencana alam. (S1) (2m)
Pembalakan menyebabkan berlakunya banjir, hakisan, dan tanah runtuh.
T2 Kawasan tadahan air/hujan turut terjejas/musnah. (S1) (2m)
T3 Keseimbangan ekosistem/alam sekitar terjejas. (S1/S2) (2m)
T4 Habitat kehidupan tumbuhan dan binatang/flora dan fauna musnah. (S1) (2m)
T5 Industri pelancongan terjejas/pelancong luar negeri enggan berkunjung
ke negara ini. (S2) (2m)
T6 Perbelanjaan negara meningkat untuk pemulihan hutan (S3) (2m)
T6 Kawasan pembalakan/hutan semakin berkurangan/kecil (S4) (2m)
T7 Negara kekurangan hutan semulajadi. (S4) (2m)
T8 Pendapatan negara daripada sumber pembalakan merosot. (S5) (2m)
T9 Kualiti mutu balak yang dikeluarkan rendah (S5) (2m)
T10 Perbelanjaan negara meningkat kerana balak terpaksa diimport. (S6) (2m)
T11 Pembangunan industri berasaskan kayu terjejas/menghadapi masalah. (S7) (2m)
Keimpulan/Penutup (2 markah)
Oleh hal yang demikian, usaha penebangan balak perlulah terancang agar tidak mendatangkan masalah.
Kesimpulannya, kerajaan perlulah menangani masalah pembalakan ini supaya tidak mendatangkan kesan negatif.
Oleh hal  yang demikian, penanaman huta perlu dilakukan agar industri pembalakan dapat diteruskan.
Kesimpulannya, kerajaan mesti memajukan industri yang bukan berasaskan kayu sebagai sumber pendapatan utama negara agar ekonomi negara terus stabil.
Nota: Konsep ada kawalan dan sebab perlu dikawal


Isnin, 22 Ogos 2011

Stress

Stres ialah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban,konflik,keletihan, kemurungan dan hilang daya.Gejala stres ini terjadi apabila seseorang itu berasa bahawa keperluan melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.Punca-punca stres:

1. Masalah kewangan
2. Rasa rendah diri yang melampau
3. Beban kerja
4.Kesesakan lalu lintas
5. Tragedi atau trauma
6. Masalah keluarga
7. Kehilangan orang yang tersayang

Cara menangani stres
1. Beribadat 2. Bertenang 3. Bersenam 4. Rekreasi 5.Berkongsi masalah dengan orang lain 6. Berehat sambil mendengar muzik 7.Berjumpa pakar

(Hasil kerja Munifah Munif,Sue,Sofea,Azue,Tinie,TP Fazlina,Pubalan,Harris,M.Azmi-Sivik F5)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kesalahan yang sering dilakukan semasa menulis

1.Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.

Penggunaan ialah mesti Frasa Nama + Frasa Nama .Contohnya , Lelaki yang berbaju biru (FN) ialah adik saya(FN).Penggunaan yang salah apabila selepas ialah diikuti frasa kerja ( ialah memukul......), frasa adjektif (ialah sangat cantik).Penggunaan adalah mesti Frasa Nama + Frasa Sendi  contohnya  adalah dengan, adalah dari. adalah kepada, adalah untuk dan juga Frasa Nama + Frasa Sifat ( adjektif) contonya adalah lebar,adalah sangat manis .Frasa kerja tidak memerlukan kata pemeri.Contohnya  Berita yang tersiar itu adalah menceritakan berkenaan dengan kes rompakan .Sepatutnya ayat tersebut berbunyi, Berita yang tersiar itu menceritakan berkenaan dengan kes rompakan.

2. Penggunaan Kata Sendi di dan imbuhan di.

Kata sendi (KS) merujuk kepada penggunaan arah dan tempat.KS ini mesti berada sedikit jarak dengan perkataan yang akan hadir selepas.Imbuhan di jika bergabung dengan kata akar( kata dasar) akan membentuk kata kerja, perbezaan antara kedua-dua kata ini dapat dilihat dengan cara menulis....di yang berfungsi sebagai imbuhan akan berada rapat dengan kata akar( dibunuh,dirogol,disepak,dikahwini).KS di akan digugurkan jika berada di hadapan kata /rangkai kata/ frasa yang merujuk kepada perkara abstrak.Contohnya, di dalam jiwa ( X ) sepatutnya dalam jiwa _/ ,  di atas kejayaan ( X ) sepatutnya atas kejayaan , di kalangan (X) sepatutnya dalam kalangan ( _/)








Selasa, 16 Ogos 2011

Skema K1 dan K2


JAWAPAN SOALAN KERTAS 1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011
1
A
11
D
21
D
31
A
2
C
12
C
22
C
32
B
3
B
13
A
23
B
33
A
4
A
14
B
24
D
34
D
5
B
15
C
25
C
35
B
6
C
16
D
26
A
36
C
7
D
17
C
27
C
37
A
8
A
18
B
28
B
38
B
9
C
19
C
29
A
39
A
10
B
20
A
30
D
40
B

 
BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN

Cadangan isi

Usaha-usaha menjadi remaja bertanggungjawab terhadap negara
  1. perlu memajukan diri demi menjamin kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
  2. patut membina kekuatan diri dari segi keperibadian, mental, fizikal dan amalan
  3. hendaklah mempersiap diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
  4. harus meneroka sebanyak mungkin peluang ilmu yang ada
  5. menggunakan kemudahan yang disediakan (0m) / di sekolah (2m)
  6. dapat memantapkan jati diri sebagai warganegara
  7. seharusnya menghayati erti kemerdekaan.
  8. patut menyokong usaha kerajaan



BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN

1. Maksud rangkai kata mendatangkan manfaat

mendatangkan
manfaat

memberikan
membawa
menghasilkan



kelebihan
faedah
kebaikan
maslahat
kepentingan


      Diterima mana-mana jawapan yang dicadangkan sahaja.         






2. Dua sebab remaja dianggap aset bernilai negara
            -bakal mengambil alih tampuk pentadbiran dan kepimpinan suatu masa kelak
-menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan kestabilan negara dalam   
 pelbagai bidang.
-merekalah pewaris masa hadapan
-menjana negara menghadapi cabaran era globalisasi

3. Saya perlu memberikan sumbangan kepada negara kerana :
            - tanggungjawab sebagai warganegara
            - membalas jasa negara
            - untuk membangun dan memajukan negara
            - demi megharumkan nama negara / meningkatkan imej negara

[ Terima mana-mana 2 isi yang sesuai ]



BAHAGIAN B  : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Cadangan isi :

Pendahuluan
Hutan – khazanah alam yang amat berharga- perlu dipelihara.

Isi-isi penting

a)  Habitat flora dan fauna – pelbagai spesies mamalia, burung dan tumbuhan.
b)  Mencegah hakisan dan tanah runtuh – fungsi akar tumbuhan untuk mencengkam
     tanah.
c)  Sumber kayu balak  – pelbagai jenis balak bermutu tinggi seperti cengal dan meranti,
      - hasil balak dieksport dalam bentuk papan lapis dan perabot.
d)  Rekreasi eko – Taman Negara – tumpuan pelancong, Hutan bakau di Kuala
     Selangor – terkenal dengan kelip-kelip.

Penutup

Setiap individu bertanggungjawab menjaga dan memulihara hutan – sebagai sumber ekonomi negara.

[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]










BAHAGIAN C : KARANGAN RESPON TERBUKA


SOALAN 1

Kepentingan menjadi remaja berakhlak mulia.
Isi-isi yang dicadangkan :
-          Bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
-          Sumber tenaga kerja yang berkualiti untuk pembangunan ekonomi negara.
-          Pemangkin keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]


SOALAN 2

Peranan setiap ahli keluarga untuk membentuk keluarga bahagia.
Isi-isi yang dicadangkan :
Ibu bapa :- Meluangkan masa ketika anak-anak belajar.
                - Membimbing anak-anak memilih kawan / mengambil tahu rakan pergaulan  
                  anak-anak.
                - Menerapkan nilai-nilai keagamaan yang utuh.
Anak-anak :- Menghormati ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
                    -Meluangkan waktu membantu ibu bapa di rumah.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]


SOALAN 3

Kesejahteraan yang diperoleh daripada perpaduan.
Isi-isi yang dicadangkan :
- Mewujudkan kestabilan negara.
- Kehidupan yang harmonis.
- Dapat membangun dan memajukan Negara
- Dapat menangkis serangan musuh.
- Memakmurkan negara.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]


SOALAN 4

Karangan berformat : Surat Kiriman Tidak Rasmi
Tempat-tempat bersejarah di Malaysia.
Isi-isi yang dicadangkan :
- Melaka : Banyak kesan tinggalan zaman penjajah.
- Pahang : tempat kelahiran tokoh-tokoh pejuang pada zaman penjajah.
- Terengganu : tempat penemuan Batu Bersurat.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]





SOALAN 5

Karangan bentuk cerita atau huraian berdasarkan maksud peribahasa
“Genggam bara api biar sampai jadi arang” iaitu melakukan sesuatu perkara secara bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]





BAHAGIAN D :  KAJIAN NOVEL


Novel

Pengajaran dan Contoh Peristiwa


Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

1. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup.
Contoh : Kanang tetap tabah walaupun hidup dalam
               kemiskinan selepas bersara daripada angkatan
               tentera.

2. Kita hendaklah saling membantu dalam kehidupan
Contoh : Kanang membantu Renjer Sakaria yang
               terperangkap semasa beroperasi dalam hutan.

3. Kita hendaklah bersungguh-sungguh mempertahankan tanah
    air.
Contoh : Kanang berusaha mempertahankan tanah air ketika  
               bertempur dengan pengganas Komunis di Hutan 
               Korbu, Perak.


Panas Salju

1. Kita mestilah sentiasa bantu-membantu dalam kehidupan
Contoh : Zulkifli membantu pasangan sikh yang ditimpa
               kemalangan.

2. Kita perlu sentiasa prihatin terhadap golongan yang
    benar-benar memerlukan bantuan.
Contoh : Tan Sri Shamsuddin sudi membiayai perbelanjaan
               rawatan Nadhirah dan Zulkifli sekeluarga semasa di
               London.

3. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Contoh : Dr. Tan Kai Chah sanggup melepaskan gaji yang
              lumayan jika bertugas di Arab Saudi kerana lebih
              sayang akan tanah air sendiri.


Merdeka!Merdeka!

1. Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada dijajah.
Contoh : Orang-orang Melayu saling membantu untuk
               menentang  penubuhan Malayan Union.

2. Kita hendaklah bersama-sama menjaga keselamatan
Contoh : Kudin dan rakan-rakan menjaga keselamatan
               kampung mereka daripada ancaman komunis.

3. Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi cabaran hidup.
Contoh : Kudin tabah meneruskan perjuangan walaupun
               ayahnya dibunuh oleh pengganas komunis.
               

Ekspedisi
1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua
Contoh : Hadi menghormati Pak Musa yang banyak
               membantu semasa ekspedisi ke Gunung Itik.

2. Kita hendaklah rajin membantu ibu bapa.
Contoh : Hadi rajin membantu ibunya mencuci pinggan di
               rumah.

3. Kita tidak boleh buruk sangka terhadap orang lain.
Contoh : Pak Salleh menuduh Cikgu Murad seorang
               penjenayah akibat salah sangka.



Mengenai Saya

Foto saya
Kuantan, Pahang, Malaysia
Tidak suka hipokrit