1.Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.
Penggunaan ialah mesti Frasa Nama + Frasa Nama .Contohnya , Lelaki yang berbaju biru (FN) ialah adik saya(FN).Penggunaan yang salah apabila selepas ialah diikuti frasa kerja ( ialah memukul......), frasa adjektif (ialah sangat cantik).Penggunaan adalah mesti Frasa Nama + Frasa Sendi contohnya adalah dengan, adalah dari. adalah kepada, adalah untuk dan juga Frasa Nama + Frasa Sifat ( adjektif) contonya adalah lebar,adalah sangat manis .Frasa kerja tidak memerlukan kata pemeri.Contohnya Berita yang tersiar itu adalah menceritakan berkenaan dengan kes rompakan .Sepatutnya ayat tersebut berbunyi, Berita yang tersiar itu menceritakan berkenaan dengan kes rompakan.
2. Penggunaan Kata Sendi di dan imbuhan di.
Kata sendi (KS) merujuk kepada penggunaan arah dan tempat.KS ini mesti berada sedikit jarak dengan perkataan yang akan hadir selepas.Imbuhan di jika bergabung dengan kata akar( kata dasar) akan membentuk kata kerja, perbezaan antara kedua-dua kata ini dapat dilihat dengan cara menulis....di yang berfungsi sebagai imbuhan akan berada rapat dengan kata akar( dibunuh,dirogol,disepak,dikahwini).KS di akan digugurkan jika berada di hadapan kata /rangkai kata/ frasa yang merujuk kepada perkara abstrak.Contohnya, di dalam jiwa ( X ) sepatutnya dalam jiwa _/ , di atas kejayaan ( X ) sepatutnya atas kejayaan , di kalangan (X) sepatutnya dalam kalangan ( _/)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan