JAWAPAN SOALAN KERTAS 1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011
| 1 | A | 11 | D | 21 | D | 31 | A |
| 2 | C | 12 | C | 22 | C | 32 | B |
| 3 | B | 13 | A | 23 | B | 33 | A |
| 4 | A | 14 | B | 24 | D | 34 | D |
| 5 | B | 15 | C | 25 | C | 35 | B |
| 6 | C | 16 | D | 26 | A | 36 | C |
| 7 | D | 17 | C | 27 | C | 37 | A |
| 8 | A | 18 | B | 28 | B | 38 | B |
| 9 | C | 19 | C | 29 | A | 39 | A |
| 10 | B | 20 | A | 30 | D | 40 | B |
BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN
Cadangan isi
Usaha-usaha menjadi remaja bertanggungjawab terhadap negara
- perlu memajukan diri demi menjamin kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
- patut membina kekuatan diri dari segi keperibadian, mental, fizikal dan amalan
- hendaklah mempersiap diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
- harus meneroka sebanyak mungkin peluang ilmu yang ada
- menggunakan kemudahan yang disediakan (0m) / di sekolah (2m)
- dapat memantapkan jati diri sebagai warganegara
- seharusnya menghayati erti kemerdekaan.
- patut menyokong usaha kerajaan
BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN
1. Maksud rangkai kata mendatangkan manfaat
| mendatangkan | manfaat |
| memberikan membawa menghasilkan | kelebihan faedah kebaikan maslahat kepentingan |
Diterima mana-mana jawapan yang dicadangkan sahaja.
2. Dua sebab remaja dianggap aset bernilai negara
-bakal mengambil alih tampuk pentadbiran dan kepimpinan suatu masa kelak
-menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan kestabilan negara dalam
pelbagai bidang.
-merekalah pewaris masa hadapan
-menjana negara menghadapi cabaran era globalisasi
3. Saya perlu memberikan sumbangan kepada negara kerana :
- tanggungjawab sebagai warganegara
- membalas jasa negara
- untuk membangun dan memajukan negara
- demi megharumkan nama negara / meningkatkan imej negara
[ Terima mana-mana 2 isi yang sesuai ]
BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Cadangan isi :
Pendahuluan
Hutan – khazanah alam yang amat berharga- perlu dipelihara.
Isi-isi penting
a) Habitat flora dan fauna – pelbagai spesies mamalia, burung dan tumbuhan.
b) Mencegah hakisan dan tanah runtuh – fungsi akar tumbuhan untuk mencengkam
tanah.
c) Sumber kayu balak – pelbagai jenis balak bermutu tinggi seperti cengal dan meranti,
- hasil balak dieksport dalam bentuk papan lapis dan perabot.
d) Rekreasi eko – Taman Negara – tumpuan pelancong, Hutan bakau di Kuala
Selangor – terkenal dengan kelip-kelip.
Penutup
Setiap individu bertanggungjawab menjaga dan memulihara hutan – sebagai sumber ekonomi negara.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]
BAHAGIAN C : KARANGAN RESPON TERBUKA
SOALAN 1
Kepentingan menjadi remaja berakhlak mulia.
Isi-isi yang dicadangkan :
- Bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
- Sumber tenaga kerja yang berkualiti untuk pembangunan ekonomi negara.
- Pemangkin keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]
SOALAN 2
Peranan setiap ahli keluarga untuk membentuk keluarga bahagia.
Isi-isi yang dicadangkan :
Ibu bapa :- Meluangkan masa ketika anak-anak belajar.
- Membimbing anak-anak memilih kawan / mengambil tahu rakan pergaulan
anak-anak.
- Menerapkan nilai-nilai keagamaan yang utuh.
Anak-anak :- Menghormati ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
-Meluangkan waktu membantu ibu bapa di rumah.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]
SOALAN 3
Kesejahteraan yang diperoleh daripada perpaduan.
Isi-isi yang dicadangkan :
- Mewujudkan kestabilan negara.
- Kehidupan yang harmonis.
- Dapat membangun dan memajukan Negara
- Dapat menangkis serangan musuh.
- Memakmurkan negara.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]
SOALAN 4
Karangan berformat : Surat Kiriman Tidak Rasmi
Tempat-tempat bersejarah di Malaysia.
Isi-isi yang dicadangkan :
- Melaka : Banyak kesan tinggalan zaman penjajah.
- Pahang : tempat kelahiran tokoh-tokoh pejuang pada zaman penjajah.
- Terengganu : tempat penemuan Batu Bersurat.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]
SOALAN 5
Karangan bentuk cerita atau huraian berdasarkan maksud peribahasa
“Genggam bara api biar sampai jadi arang” iaitu melakukan sesuatu perkara secara bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
[ Terima mana-mana isi yang sesuai ]
BAHAGIAN D : KAJIAN NOVEL
| Novel | Pengajaran dan Contoh Peristiwa |
| Kanang: Cerita Seorang Pahlawan | 1. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup. Contoh : Kanang tetap tabah walaupun hidup dalam kemiskinan selepas bersara daripada angkatan tentera. 2. Kita hendaklah saling membantu dalam kehidupan Contoh : Kanang membantu Renjer Sakaria yang terperangkap semasa beroperasi dalam hutan. 3. Kita hendaklah bersungguh-sungguh mempertahankan tanah air. Contoh : Kanang berusaha mempertahankan tanah air ketika bertempur dengan pengganas Komunis di Hutan Korbu, Perak. |
| Panas Salju | 1. Kita mestilah sentiasa bantu-membantu dalam kehidupan Contoh : Zulkifli membantu pasangan sikh yang ditimpa kemalangan. 2. Kita perlu sentiasa prihatin terhadap golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Contoh : Tan Sri Shamsuddin sudi membiayai perbelanjaan rawatan Nadhirah dan Zulkifli sekeluarga semasa di London. 3. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Contoh : Dr. Tan Kai Chah sanggup melepaskan gaji yang lumayan jika bertugas di Arab Saudi kerana lebih sayang akan tanah air sendiri. |
| Merdeka!Merdeka! | 1. Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada dijajah. Contoh : Orang-orang Melayu saling membantu untuk menentang penubuhan Malayan Union. 2. Kita hendaklah bersama-sama menjaga keselamatan Contoh : Kudin dan rakan-rakan menjaga keselamatan kampung mereka daripada ancaman komunis. 3. Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi cabaran hidup. Contoh : Kudin tabah meneruskan perjuangan walaupun ayahnya dibunuh oleh pengganas komunis. |
| Ekspedisi | 1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua Contoh : Hadi menghormati Pak Musa yang banyak membantu semasa ekspedisi ke Gunung Itik. 2. Kita hendaklah rajin membantu ibu bapa. Contoh : Hadi rajin membantu ibunya mencuci pinggan di rumah. 3. Kita tidak boleh buruk sangka terhadap orang lain. Contoh : Pak Salleh menuduh Cikgu Murad seorang penjenayah akibat salah sangka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan