PANDUAN DAN TEKNIK MERUMUS PETIKAN
Nota:
Bahagian merumus lazimnya mendatangkan masalah kepada pelajar, terutama bagi mereka yang tidak bersedia atau malas mengulangkaji. Merumus juga ibarat mencantas pokok yang rendang. Oleh itu kerja mencantas perlu dilakukan pada ranting-ranting yang kecil bukan pada bahagian dahan atau batang dan perlu dilakukan berhati-hati untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Berikut dicadangkan panduan merumus yang menepati kehendak peperiksaan.
1. Markah penuh : 30 markah (Isi=20 dan Bahasa=10)
2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat.
markah bahasa diberi separuh daripada markah isi
2. Formula isi dan markah
Isi | A | B | C | D | E | Jum. Isi | Markah |
Pen Pengenalan | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 2 |
Tersurat | 6 | 5 | 4 | 3 | 2 | 2-6 | 4-12 |
Tersirat | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 2-6 | 4-12 |
Kesimpulan | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 2 |
Jum. isi | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | |
Jum. Markah | 20 | 20 | 20 | 20 | 20 | 20 | 20 |
3. Asas pemberian markah bahasa
Peringkat | Markah Isi | Markah Bahasa | Huraian isi |
Baik | 15-20 | 7-10 | Kesinambungan isi baik, struktur ayat baik, kosa kata luas, tanda baca/ejaan baik |
Sederhana | 8-14 | 4-7 | Kesinambungan isi masih baik, struktur/tatabahasa baik, kosa kata masih memuaskan dan tanda baca/ejaan masih memuaskan |
Lemah | 1-7 | 1-4 | Pada keseluruhannya dalam kekurangan/tidak memuaskan. |
patah perkataan, markah bahasa diberi ialah 0.
4. Kaedah mengira perkataan.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
nama khas – Contoh : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
perkataan berganda – Contoh: berbual-bual
kata depan – Contoh: di kedai, ke pasar
angka dengan nombor atau perkataan – Contoh: Dua ratus ribu, 2020
gelaran – Contoh: Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
tarikh - 28 Februari 1998
Perkataan yang dikira lebih daripada satu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB (3 patah kata)
5. Jumlah perkataan
Antara 100 – 120 perkataan. Jika calon mengemukakan lebih 120 perkataan, markah tidak dipotong. Patah perkataan selepas 120 diabaikan.
6. Perenggan
Dicadangkan 4 perenggan (pengenalan, isi tersurat, tersirat dan kesimpulan)
dengan selang sebaris antara perenggan. Rasionalnya supaya pemerika dan calon lebih mudah menyemak isi dan jawapan.
7. Masa menjawab
Dicadangkan peruntukan masa selama 35 minit sahaja dengan kombinasi masa 5 minit – membaca & memahami petikan, 12 minit mengesan isi, 13 minit menulis jawapan, dan 5 minit untuk menyemak/mengira perkataan/membaiki kesilapan.
8. Lain-lain
Tuliskan jumlah patah erkataan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan rumusan anda. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat. Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca.
Strategi mengesan dan menulis pendahuluan.
1. Pendahuluan bermaksud pemahaman calon tentang keseluruhan petikan.
2. Cara mengesan dengan membaca, menganalisis dan memahami:
(a) arahan/kata kunci soalan }
(b) keseluruhan isi/intipati petikan } pendahuluan yang mantap
(c) sumber petikan }
3. Menulis dengan menggunakan kata kunci/dimulakan dengan frasa:
Petikan ini memperkata/berhubung/menyatakan ………..
Petikan ini menyentuh tentang --------
Petikan ini memberi komen tentang ----------
Petikan ini membincangkan/memperkata/mengulas tentang ……….
4. Pengenalan boleh diambil daripada:
kata kunci arahan soalan (1 markah sahaja)
kata kunci arahan soalan yang diubahsuai mengikut pemahaman keseluruhan petikan. (2 markah)
Nota: lihat contoh soalan & skema markah.
5. Pengenalan tidak boleh diambil daripada isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.
6. Ditulis dalam satu ayat sahaja.
Contoh-Contoh Pengenalan.
Petikan tersebut memperkata tentang perkembangan perubatan dan kesihatan sebelum dan selepas merdeka. (SPM1993)
Petikan ini menyentuh tentang pandangan penulis berhubung dengan beberapa kelemahan pihak bomba mengatasi kebakaran (SPM 1994)
Petikan membincangkan kesan-kesan negatif proses pembandaran terhadap instituti keluarga. (SPM 1995)
Petikan membicarakan kemajuan Malaysia bergantung kepada perkembangan teknologi telekomunikasinya. (SPM1996)
Petikan ini membicara tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (SPM1997)
Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersurat
1. Isi tersurat ialah isi yang dinyatakan dalam petikan dan menepati kehendak soalan.
2. Kesan isi tersurat berdasarkan kehendak soalan/kata kunci soalan sahaja
3. Aspek yang perlu diambil kira semasa mencantas isi:
Contoh langsung tidak perlu dimasukkan. Perkara tersebut dapat dikesan dalam petikan melalui kata-kata berikut: (seperti, dalam bentuk, termasuk, umpamanya, diantaranya, contohnya, iaitu dan misalnya)
Contoh: Klon-klon baru iaitu KKM22 dan KKM28 telah diperkenalkan oleh MARDI.
Contoh tidak langsung juga tidak perlu dimasukkan. Contoh: Tindakan kerajaan terhadap pengemis dengan menangkap, menahan, menempatkan di rumah kebajikan atau menghantar pengemis asing pulang ke negara asal menelan belanja yang besar.
Huraian sesuatu konsep tidak perlu dimasukkan. Contoh: Mak Yong merupakan satu daripada drama yang menggunakan alat-alat tradisonal.
Gantikan rangkai kata yang panjang dengan konsep yang sama maksud. Contoh: pasir, simen, batu marmar, kepingan atap (bahan binaan)
Jika rangkai kata yang panjang tidak digantikan dengan satu konsep, masukkan sekurang-kurannya 2 item supaya markah tidak dipotong. Contoh: bencana alam (hakisan, dan banjir/tanah runtuh/taufan/kebakaran)
Isi yang berkait dalam beberapa ayat perlu dimasukkan dalam keseluruhan isi tersebut. Contoh: Thailad telah berjaya berbuat demikian. Begitu juga Singapura dan Singapura. Negara-negara ini mempunyai kesitimewaan yang tersendiri. (Thailad, Indonesia dan Singapura telah berjaya berbuat demikian kerana mempunyai keistimewaan tersendiri)
Penanda wacana tidak perlu dimasukkan . Contoh: walau bagaimanapun, di samping itu, namun begitu, oleh itu.
Konsep yang sama pilih satu yang lebih ringkas. Contoh: Perbadanan Kemajuan Pelancongan atau TDC – (Pilih TDC)
Jika petikan tersebut ceramah/ucapan/syarahan, maka kata-kata aluan, kata ganti diri orang yang bercakap dan penutup tidak perlu dimasukkan Contoh: Saya masih dapat membayangkan bagaimana kanak-kanak menderita akibat penyakit difteria, batuk kokol dan tibi. (Kanak-kanak menderita akibat pelbagai penyakit). Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih……. (kata-kata aluan tidak perlu)
Huraian isi tidak perlu dimasukkan dalam isi tersurat. Contoh: Setiap balai bomba perlu mempunyai kakitangan dan peralatan yang mencukupi (1) Tidaklah masuk akal sekiranya usaha-usaha penyelamatan tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau ketiadaan air atau kekangan lain…… (2) Isi (2) tidak perlu kerana berupa huraian isi (1).
Jika petikan mempunyai kata kunci soalan, semua isi tersurat yang perlu dimasukkan mestilah berkaitan dengan kehendak kata kunci soalan. Contoh: Buat rumusan tentang peranan telekomunikasi di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 (Julai 1996). Isi tersirat mestilah berkait tentang peranan sahaja.
4. Tulis 1 isi dalam 1 ayat
Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersirat
Isi tersirat merupakan lanjutan isi tersurat atau implikasi sisi tersurat yang tidak terdapat dalam petikan.
Isi tersirat mestilah sesuatu yang berkaitan dengan isi tersurat.
Isi tersirat dibuat dalam satu ayat sahaja.
Isi tersirat tidak boleh dibuat dalam bentuk cadangan/pendapat/usul.
Gunakan isi tersurat untuk mengesan/mengenalpasti isi tersirat dengan berdasarkan kehendak atau kata kunci soalan.
Jangan masukkan contoh dalam isi tersirat
Contoh SPM 1996:
Arahan: Buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permainan video di kalangan remaja. (Isi tersurat dan tersirat mesti menyentuh tentang kata kunci berkenaan)
Jawapan: Tersurat - Hiburan ini murah dan mudah didapati. {faktor}
- Remaja mampu ke pusat video kerana mempunyai wang. {faktor}
Strategi Mengesan dan Menulis Kesimpulan/Penutup
Kesimpulan merupakan satu cadangan/pendapat/ulasan tentang keseluruhan petikan yang diberi.
Ditulis dalam satu ayat sahaja.
Gunakan kata kunci/penanda wacana untuk membezakan isi tersirat dengan kesimpulan. Contoh : Kesimpulannya, Oleh itu, Oleh hal yang demikian.
Boleh kaitkan dengan wawasan 2020 jika petikan berkenaan berkaitan.
Contoh-Contoh Kesimpulan.
Oleh itu, kerjasama orang ramai dengan pihak bomba perlu untuk mencegah kebakaran (SPM 1994)
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berkerjasama untuk mewujudkan masyarakat penyayang selaras dengan matlamat wawasan 2020. (SPM 1995)
Oleh yang demikian, segala halangan terhadap perkembangan teknologi komunikasi hendaklah diatasi oleh semua pihak. (SPM 1996)
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu menangani masalah pembalakan supaya tidak menjejaskan kestabilan alam sekitar. (SPM 1997)
Latihan Bengkel:
SKIMA MERUMUS PETIKAN
Arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan satu rumusan tentang akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang. Panjang rumusan hendaklah antara 100 – 120 perkataan sahaja.
PERATURAN PEMARKAHAN
Pengenalan/Pendahuluan [2 markah]
Rencana ini membicara tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (2 markah)
Rencana ini memperkatan akibat aktiviti pembalakan di negaa ini pada
pada masa sekarang (1 markah)
Rencana ini membicarakan aktiviti pembalakan di negara ini pada
masa sekarang. (1 markah)
Isi Tersurat [4 – 12 markah]
S1. Kawasan bukit bukau/tadahan hujan menjadi gondol/dimusnahkan. (2m)
S2. Kawasan peranginan/tanah tinggi/bukit menjadi semakin panas. (2m)
S3. Bekalan kayu balak/hasil balak negara turut berkurangan. (2m)
S4. 800 ribu hektar hutan/beratus ribu hektar hutan/banyak kawasan hutan
dibersihkan dalam setahun. (2m)
S5. Saiz balak yang ditebang seamakin kecil. (2m)
S6. Industri berasaskan kayu akan semakin berkurangan. (2m)
S7. Kayu balak terpaksa diimport.
Isi Tersirat [4 – 12 markah]
T1 Pembalakan menyebabkan berlakunya bencana alam. (S1) (2m)
Pembalakan menyebabkan berlakunya banjir, hakisan, dan tanah runtuh.
T2 Kawasan tadahan air/hujan turut terjejas/musnah. (S1) (2m)
T3 Keseimbangan ekosistem/alam sekitar terjejas. (S1/S2) (2m)
T4 Habitat kehidupan tumbuhan dan binatang/flora dan fauna musnah. (S1) (2m)
T5 Industri pelancongan terjejas/pelancong luar negeri enggan berkunjung
ke negara ini. (S2) (2m)
T6 Perbelanjaan negara meningkat untuk pemulihan hutan (S3) (2m)
T6 Kawasan pembalakan/hutan semakin berkurangan/kecil (S4) (2m)
T7 Negara kekurangan hutan semulajadi. (S4) (2m)
T8 Pendapatan negara daripada sumber pembalakan merosot. (S5) (2m)
T9 Kualiti mutu balak yang dikeluarkan rendah (S5) (2m)
T10 Perbelanjaan negara meningkat kerana balak terpaksa diimport. (S6) (2m)
T11 Pembangunan industri berasaskan kayu terjejas/menghadapi masalah. (S7) (2m)
Keimpulan/Penutup (2 markah)
Oleh hal yang demikian, usaha penebangan balak perlulah terancang agar tidak mendatangkan masalah.
Kesimpulannya, kerajaan perlulah menangani masalah pembalakan ini supaya tidak mendatangkan kesan negatif.
Oleh hal yang demikian, penanaman huta perlu dilakukan agar industri pembalakan dapat diteruskan.
Kesimpulannya, kerajaan mesti memajukan industri yang bukan berasaskan kayu sebagai sumber pendapatan utama negara agar ekonomi negara terus stabil.
Nota: Konsep ada kawalan dan sebab perlu dikawal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan